TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN
- Bayi turun ke bawah
- Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir & Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
- Sakit belakang sbb Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
jadi di sini ade beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit belakang ibu2 sekalian yeea...
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
- Pecah air ketuban.Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
- Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
- Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
- Kontraksi yang tetap dan berterusan
- Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.
...................................................................................................................................
Bila Perlu ke Hospital?
- Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
Fuhhh banyak da tanda2... tapi masih lagi menjadi teka teki bila lah nak bersalin ni.. Tq kerana berkongsi :) Meh singgah www.kindhearty.blogspot.com
BalasPadam