Cari Blog Ini

simpanan semasa

first "ENTRY" ^_^

Dalam kesibukan hidup harian kita.. Adakalanya org yang paling rapat dengan kite pun belum tentu dapat memahami apa yg terbeban di hati.. Semua ni sbb keegoan kite sebagai makhluk Allah yang paling "PERFECT". Meluahkan dengan penuh ketulusan hati tp still ade penipuan dalam diri. Tak sesempurna jalan cerita yang kita alami sebagai seorang perempuan. Di sebabkan aku ni di kurniakan kelebihan "dok" kelas sastera ms form 5 dulu.. jadi ayat sastera merapu aku ni.. kadang2 sukar untuk di fahami... Terlalu dalam dan mendalam.. kadang2 kalau korang try nk pakai jentera paling hebat kat dunia pun belum tentu lagi dapat korek ape yg tertanam dengan ayat2 sastera merapu aku ni..

Jadi dengan ini secara rasminya aku lantik korang sebagai "PENGIKUT TETAP" dlm blog ni sbg penambah semangat untuk aku meng "HAPDET" blog ni.

So, boleh la korg start menjalankan tugas meng "KLIK" lambang "Sertai Tapak Ini" yang tertampal megah kat bawah ni yer...

Untuk makluman korang tak ramai yang tau pasal blog aku ni..sbb aku tak pi canang kat orang suruh datang blog yang tak berapa nk jadi ni... ekekke bila hati geram @boring2 jer baru aku masuk kan ape yang terbuku di hati.. ^_^ .. mungkin belum sampai masa nk menghebahkan cerita2 yang ada... Jadi bg sesiapa yang da masuk.. selamat membaca dengan jaya nya...

~SEKIAN TERIMA KASIH, THANK YOU.. & WELCOME~

Yang mengikuti ku

ATM Card

Selasa, 15 November 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin..

38 minggu 3 hari... usia kandungan aku setakat hari ini... pejam celik tunggang terbalik sekarang aku hanya menunggu hari untuk bersalin...^_^ ...seronok ade.. takut pon ada.. tu semua normal bg ibu2 mengandung... semakin menanti hari bermacam2 persoalan bermain di minda dan bermacam2 jawapan yang aku cari... yang utama TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN... google jer bersepah2 pengalaman ibu2 mengandung....jadi aku pun copy n tampal kan ajer kat dinding blog aku ni... bagi sesiapa yang tak tau boleh la teruskan membaca.. ^_^
TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN


  • Bayi turun ke bawah
"emmm.. yang ni ada yg nampak perut da mula ke bawah ada yg kata perut aku tinggi lagi..tp aku bila tengok perut masa berjalan mcm perut ni makin ke bawah jer..hhehehe"


  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. 
"bg ibu2 mengandung yang xtau dan nak tau.. mmg ni kebenarannya..orang tengok mcm susah jer nk jalan..tp kite yang membawanya ok jer...naik tangga tingkat 3 pon ok takde nk stop2..yg rase tak ok bile berat badan tu naik..tu yang buat kite susah nak jalan... ekekkee... pastu ms tido kite takde masalah nk pusing ke kiri@ kekanan.. yang buat susah sakit2 pinggang dan bahagian kelengkang tu ajer...yg buat kite sakit.. huhuhuhu-tapi lain orang lain plak gayanya yea.. harap maklum-"


    • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
    "hoohh..!!! ini yang paling2 menyiksa kan buat ms ni aku rase... kalau baring nak pusing kiri kanan susah..nak bangun.. nak berjalan kene amik masa.. sampai la kuar perkataan.. aduuh.. aduh.. aduhh.duh..duh..duh...ms tu YA.. ALLAH.. hanya ENGKAU saja yang mengerti jeritan hati ku.. -baru "Symptom2 nak bersalin belum lagi ms nk bersalin-huhuhuhu.."


      • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
      "fuhh..!! ini lagi satu nk syer ngan korang ni... tak tau la dr mana boleh menyerang plak batuk2 buat masa ni.. perghhh..!! perit kot rase tekak.. nk hilangkan rase perit minum air masak byk2 la.. penyudahnya..tandas la menjadi teman setia setiap minit... start smlm jer ade la lebih 20 kali agaknya kuar masuk tandas dr pg sampai mlm...da ler minum air banyakkan... pastu di tambah plak bayi menekan pundi kencing.. huh.. dugaan yang amat sangat..sebelum ni mmg kerap la pi tandas tp takde la sampai setiap minit.. nk ke tandas.."


        • sakit perut, memulas
        "ok.. buat ms ni... ade gak merasa tapi takde la kerap sangat... ade hari2 terasa memulas..ade hari2 terasa sakit kerap.. jadi potensi untk bersalin tu belum sampai lagi agaknya..cume tanda2 tu bg amaran jer kot suh get ready ms bersalin dah nak tiba.."


          • kerap buang air besar
          "kerap buang air besar ni.. ermmm ade la dlm sehari tu 2 3 kali.. tp ade gak hari2 tu sekali jer.. jadinya tak menentu la pembuangan air besar ni...mungkin da dekat2 nanti kot baru asik2 ke tandas mcm rase nk terkencing tu.."


            • kerap terkentut
            "heheheheh.. a'ah ade la jugak buang2 angin tanpa boleh di tahan2... akaka jadi sesape yg ade di sekeliling boleh la same2 menghirup bau-bauan yang terbaru...ekekek.. tgk jugak.. kadang takde la bau..."
              • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
              "hhehehehe... yang ni dah ade...ade la dlm seminggu tu skit2.. pastu ade la kan weekend ms tu aku rase.. mmg mcm gam lendir tu kuar.."

              • Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir & Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
              "huhuhuhu.. yang ni aku tengah menunggu dengan penuh debaran gak la.. mana tau tibe2 time keje lak kuar... fuh...!!!! ni kompem da kene pi spital ni..masa tu.."wahai anakku..mari la kita berjuang bersama-sama ^_^ "

              • Sakit belakang sbb Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
              "sakit ini la yang aku bilang dari awal2 tadi.. mmg serba tak kene di buatnya.huhuhu" 
              jadi di sini ade beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit belakang ibu2 sekalian yeea...
              1. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
              2. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
              3. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
              • Pecah air ketuban.Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
              "bab2 pecah air ketuban ni.. mengikut dr pembacaan aku.. tengok orang.. kadang pecah sendiri.. kdg doc. yg akan pecah kan.. jadi tanda-tanda seterusnya aku tak mau pening2 da... sbb nye nti kat spital dalam permerhatian doc ... jadi boleh la di baca untuk dijadikan pengetahuan yang berguna.."
              • Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
              • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
              • Kontraksi yang tetap dan berterusan
              • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.
              ...................................................................................................................................

              Bila Perlu ke Hospital?
              • Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
              • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
              • keluar air ketuban.
              • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
              • keluar darah dari vagina.